Selamat datang ke laman Maahad Tahfiz Al Fityan
Infaq Dana & Prasarana Ahli Quran
Kempen Infaq Dana Pembangunan Surau & Prasarana Maahad Tahfiz Al-Fityan
Jumlah Semasa: RM 500,000
Ayuh Simpan Hartamu Diakhirat
Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)

Foto: (Pelajar Maahad Tahfiz Al-Fityan)
Menabunglah Untuk Tabung Akhirat Kita

Melahirkan generasi Huffaz yang menjadi pendokong generasi Islam di dunia dan Malaysia khususnya.

Membentuk dan mengasuh pelajar kearah akhlak yang mulia dengan berteraskan Al-Quran & Sunnah.

Melatih dan menyemai semangat cintakan Islam di kalangan pelajar sehingga menjadi pejuang yang istiqamah.

Mentarbiyah pelajar ke arah melahirkan Ulama‘ Muttaqin yang dapat memberi manfaat kepada insan lain.

Pengajian bermula daripada tahun satu hingga tahun empat. Sistem pengajiannya menggabungkan tiga sukatan pelajaran terasia itu Tahfiz Sepenuh Masa, Ad-Dinniah dan Kuliyah Umumi. Pelajar diwajibkan khatam hafazan dalam masa empat tahun sahaja.

HADIAHKAN PAHALA WAKAF BUAT KEDUA IBU BAPA KITA

Infaq Tabung Akhirat
RM1050

Infaq Tabung Akhirat
RM650

Infaq Tabung Akhirat
RM350

Infaq Tabung Akhirat
RM150

Infaq Tabung Akhirat
RM50
Maahad Tahfiz Al-Fityan
- F 734,Jalan Lubuk Gajah,Kg.Setar, Jalan Titi Serong, 06900, Yan, Kedah Darul Aman.
- Pejabat : 04 4655141
- Setiausaha (Ust Sufiyan): 019 4074017


HARAPAN WARGA AL-FITYAN
Surah Al Imran: Ayat 92.

Seperti Wakaf iaitu menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan umum masyarakat dengan niat sebagai ibadah mendekatkan diri kepada Allah SWT. Contoh Amalan Wakaf ialah apabila Baginda Rasulullah SAW membina Masjid Quba’ yang dibina di atas tanah yang diwakafkannya ketika penghijrahan Baginda dan para sahabat ke Madinah. Begitu juga dengan pembinaan Masjid Nabawi di Madinah yang juga dibina dengan sumber wakaf.
Bahkan zakat juga merupakan sumber utama dalam perkembangan Islam. Zakat dari segi bahasa bererti “BERSIH”, “SUCI”, “SUBUR”, “BERKAT” dan “BERKEMBANG”.
Pengertian “BERSIH” dan “SUCI” dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.
Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.
Akhir sekali Al Fityan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ybhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan dan semoga segala jasa baik yang di curahkan dengan ikhlas akan mendapat ganjaran yang terbaik daripada Allah Yang Maha Kaya.
Semoga Allah memberikan keberkatan dan kebaikan di dunia dan di akhirat kelak, semoga ianya akan menjadi saham di dunia dan akhirat.
Disini, kami menyeru dan membuka peluang kepada para dermawan untuk menyalurkan segala bentuk sumbangan bagi melancarkan lagi perjalananan mentarbiyah dan mendidik generasi Islam yang akan datang.

Ayuh INFAQ SECARA ONLINE
Klik pada butang infaq yang dipilih, kemudian tekan butang "BUAT BAYARAN".